WEHD 2014

WEHD 2014

Thursday, 25 September 2014

Aktiviti Keseluruhan Sambutan WEHD 2014

26 September 2014 :  Outreach Kesihatan Persekitaran - 2.45 petang

Outreach bersama pelajar IPTA & pelatih PPKP di Sekitar Mydin & Taman Tasik Utama
Perasmian disempurna oleh YB Datuk Ar. Hj Ismail bin Hj. Othman, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar Negeri Melaka
150 peserta akan terlibat dalam menjalankan aktiviti menyampaikan maklumat kepada masyarakat setempat di sekitar Mydin Hypermarket di Ayer Keroh berkaitan 3 aspek utama :
      1.  Keselamatan Makanan
      2.  Melaka Bebas Denggi
      3.  Melaka Bebas Asap Rokok

Pendedahan kepada pelajar IPT & pelatih PPKP untuk berhadapan dengan masyarakat awam dalam menyampaikan maklumat yang tepat serta ringkas & padat tentang aspek tersebut sepanjang xtvt ini dijalankan.


27 September 2014 :

1) Pertandingan Mewarna : di kalangan kanak-kanak pra sekolah

2) Pertandingan Poster & Video Klip Kesihatan Persekitaran di kalangan pelajar IPT

3) Anugerah Kewartawanan - khas kepada wartawan-wartawan akhbar dalam me,bantu menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan persekitaran

4) Seminar Amalan Pengurusan Tapak Bina ( Kerjasama bersama CIDB Negeri Melaka) khas kepada kontraktor-kontraktor berdaftar. - 9.00 pagi
     * Perasmian Penutup disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Ab. Rahaman b Hj. Ab Karim, Exco Kesihatan & Pembangunan Sukan Negeri Melaka

5) Seminar UTAMA Kesihatan Persekitaran : Khas kepada tuan-puan yang berdaftar dan kini sudah mencecah ke angka 880 peserta!!! - 9.00 pagi

6) Perasmian UTAMA Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan pada pukul 2.00 petang.

** Pameran Agensi Kerajaan & Swasta akan berlangsung di Foyer Dewan MITC

Kehadiran tuan - puan semua amat dialu-alukan & kami menyambut semua dengan tangan yang terbuka.. semoga anda semua pulang dengan sesuatu yang boleh dikongsikan bersama dengan rakan-rakan kita yang tidak dapat meluangkan masa bersama...

Sunday, 14 September 2014

Anda Perlukan Penginapan ??

Kami amat memahami rakan-rakan yang jauh datang pasti ingin dapat hotel.. untuk pengetahuan semua.. agak sukar untuk mendapatkan hotel di Melaka terutama pada hari Jumaat - Sabtu - Ahad.. Apatah lagi pada 26 - 28 September tu adalah hari konvokesyen UTEM

Rakan-rakan yang perlukan hotel boleh cuba menelefon salah satu hotel yang telah kami senaraikan di bawah ini. Semoga senarai ini boleh menjadi rujukan tuan-puan nanti.. 





Saturday, 6 September 2014

Adakah Anda Salah Seorang Dari Peserta Sambutan WEHD 2014?

Peserta Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Ssedunia Peringkat Kebangsaan

JKN - PKD - Institusi


Pihak Berkuasa Tempatan



Tuesday, 26 August 2014

Sekretariat Induk Sambutan WEHD 2014

Gambungan Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM), Persatuan Peg. Kesihatan Persekitaran (EHOM) & Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) telah mewujudkan satu SEKRETARIAT Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2014. WEHD adalah ringkasan daripada 'World Environmental Health Day' . 
      Selain daripada Kesatuan, Persatuan ini sudah pasti Institusi Pendidikan terlibat sama dalam jawatankuasa induk ini juga terlibat secara langsung yang terdiri daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM). 
         Secara tidak langsung, Kesatuan-Kesatuan lain seperrti KIK Sabah, KIK Sarawak juga telah bersama Sekretariat bagi menjayakan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran kali ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah mencurahkan idea yang bernas di sepanjang mesyuarat sambutan yang diadakan.
             Kami mengambil kesempatan ini, mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada peserta yang sudah mendaftarkan diri untuk menghadirkan diri ke seminar ini. Kehadiran tuan-puan semua, InsyaAllah menunjukkan komitmen semua akan peri pentingnya 'Kesihatan Persekitaran' untuk terus dijaga dan dipelihara seterusnya meningkatkan keprofessionalan pengamal-pengamal Kesihatan Persekitaran terutama Peg. Kesihatan Persekitaran / Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran samada di Kementerian Kesihatan Malaysia atau pun di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ataupun di mana-mana agensi kerajaan dan swasta. 
               Kita JUMPA DI MITC NANTI!!



Monday, 25 August 2014

Senarai Peserta TERKINI!!



Terima Kasih yang dapat meluangkan masa bersama kami untuk Seminar sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014 ini.

Kali ini kita akan berjumpa di Malacca International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka pada 27 September 2014 (Sabtu)

Perasmian Sambutan ini akan dirasmikan oleh YAB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam



Kepada semua yang sudah mendaftar diri anda, semak senarai nama  anda disini.. Jika terdapat apa-apa kemusykilan boleh berhubung terus dengan Sekretariat di Melaka..

Senarai Peserta Seminar Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran 2014

Saturday, 23 August 2014

Mesyuarat Sambutan WEHD kali ke 4

Hari ini..bertempat di Pusat Latihan MAEH.. sekretariat telah bermesyuarat sekali lagi bagi memastikan kelancaran perjalanan Sambutan WEHD 2014 di MITC Melaka nanti..

Gabungan idea ketiga - tiga pertubuhan ini, KIKSM, MAEH & EHOM dilihat insyaAllah akan mencetus satu anjakan paradigma kepada semua peserta yang hadir pada Sambutan itu nanti...

Kedatangan tuan-puan semua sangat dialu-alukan...Jangan lupa utk hadir bersama-sama nanti...Nyatakan SOKONGAN anda!!....

Tuesday, 19 August 2014

Outreach Sempena Sambutan WEHD 2014


InsyaAllah , mengikut perancangan satu Outreach (temuseru) akan di jalankan pada 26 September 2014 
(Jumaat) pada waktu petang selepas solat Jumaat di sekitar MITC. Outreach ini akan disertai oleh pelajar-pelajar IPTA bersama pelatih-pelatih KSKB bersama Pegawai Kesihatan Persekitaran / Penolang Pegawai Kesihatan Persekitaran. Dianggarkan kira-kira 100 orang akan menyertai Outreach ini sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan tahun ini. Aktiviti akan dimulakan dengan program perasmian oleh YB Exco Negeri Melaka dan selepas itu,


TENTATIF PROGRAM



26 September 2014 ( Jumaat)

2.30 pm                      Berkumpul di Mydin Mall MITC
3.00 pm                      Perasmian Program Outreach (YB EXCO )
3.30 am – 6.00 pm   Outreach
- Taman Tasik Utama 
-  Medan Selera Mydin Mall / Premis Makanan sekitar MITC
-  Sekitar MITC – orang ramai
6.00 petang               -  Bersurai 

Rakan-rakan yang telah berada di Melaka semasa ini, di alu-alukan untuk bersama-sama  kumpulan outreach ini nanti....
 

Friday, 15 August 2014

Senarai Peserta WEHD 2014

Assalamualaikum / Salam Sejahtera Semua!

Jutaan terima kasih semua yang mendaftarkan diri untuk hadir ke Seminar Sempena Sambutan Hari kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014

Jom semak nama anda di sini... sebarang makluman  boleh maklum ke sekretariat.

mohon maklum tarikh tutup penyertaan :

31 OGOS 2014


Senarai Peserta WEHD 2014






Monday, 4 August 2014

Surat Sokongan Pengarah Kesihatan Persekitaran KPKT

Disertakan juga surat sokongan dari Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)



Kehadiran semua dialu-alukan!!

Surat Sokongan TKPK untuk WEHD 2014

Alhamdulillah hari ini baru ternampak surat sokongan dari Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (KA) , Datuk Dr. Lokman Hakim bin Sulaiman berkenaan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014 di Melaka nanti.

  

 

























Justeru itu, mohon rakan-rakan dapat sebarkan perkara ini semoga pertemuan kita sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran kali ini menjadi permulaan bagi profession kita untuk melangkah setapak lagi ke hadapan, InsyaAllah..

Download Versi PDF :
Surat Sokongan TKPK (KA) KKM 

Thursday, 17 July 2014

Mesyuarat Sekretariat Induk di Putrajaya

Pengerusi : Tn. Hj Zainal






















Mesyuarat Sekretariat Induk Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014 kali ke -3 telah di jalankan pada 16 Julai 2014 (2.30 ptg) bertempat di Putrajaya, dipengerusikan oleh Tn Hj Zainal bin Abd Ghaffar.
    Terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat ini serta input yang telah diberikan semasa mesyuarat bagi memastikan perjalanan sambutan nanti berjalan dengan lancar. InsyaAllah
     Sokongan padu semua amat diperlukan bagi merealisasikan impian kita untuk meningkatkan keprofessionalan kita dalam menjalankan tugas harian.

* Gambar adalah ihsan dari En, Ridzuan Salleh..TQ..

Friday, 11 July 2014

Lipatan Sejarah...


Dalam menjayakan sambutan kesihatan persekitaran ini, sejak 3 tahun lalu, KIKSM, EHOM & MAEH telah berganding bahu bersama-sama bagi memastikan perjalanan program yang dianjurkan dapat berjalan dengan baik. Bukan setakat menjayakan program, malah ketiga-tiga organisasi ini sering dilihat memainkan peranan masing-masing dalam meningkatkan keprofessionalan pengamal-pengamal kesihatan persekitaran di Malaysia. Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang dahulunya pernah dikenali dengan nama Merinyu Kesihatan mengorak langkah dengan jawatan yang kian meningkat naik ke jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran. Walaubagaimanapun, peranan setiap individu pengamal-pengamal kesihatan persekitaran seharusnya lebih perlu di beri perhatian, kerana mereka orang-orang yang akan bertugas di lapangan dan mereka sentiasa berhadapan dengan situasi semasa yang memerlukan mereka mempamirkan keprofesional semasa menjalankan tugas seharian.

Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) satu-satunya badan profesional pengmal kesihatan persekitaran yang bernaung di bawah badan professional antarabangsa International Federation of Environmental Health.      


Pada tahun 1976 a-Jawatankuasa Protem telah ditubuhkan untuk menggubal Perlembagaan bagi Persatuan mengawal kepentingan profesional Inspektor Kesihatan di Malaysia. Persatuan Kesihatan Inspektor Malaysia (AHIM) telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1978. Pada tahun 1989 AHIM telah didaftarkan sebagai Persatuan Malaysia Inspektor Kesihatan (Mahir).
Pada tahun 1994 perlembagaan itu sekali lagi dipinda untuk menamakan semula Mahir sebagai Persatuan Malaysia Kesihatan Alam Sekitar (MAEH). MAEH telah menjadi ahli pengasas sejak AHIM menghadiri mesyuarat yang diadakan di Sydney, Australia pada tahun 1982 untuk membincangkan dan memuktamadkan pembentukan IFEH. MAEH bergabung dengan Persekutuan Antarabangsa Kesihatan Alam Sekitar (IFEH) sejak menyaksikan penubuhannya di Bournemouth UK, pada 25 September 1985. The Hon. Setiausaha Jeneral daripada AHIM, yang Hj lewat. Sulaiman bin Abu Kassim adalah salah seorang co-penandatangan hadir pada majlis yang bersejarah. Ini, Mantan Presiden MAEH, YM Hj. Ungku Abu Bakar bin Abdul Rahman telah ceremoniously dipilih sebagai Presiden ke-4 IFEH di Kongres Dunia ke-3 pada Kesihatan Alam Sekitar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada tahun 1994.

Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM) organisasi yang ditubuhkan bagi menyatukan pegawai-pegawai kesihatan persekitaran di Malaysia ditubuhkan secara rasminya pada 14 May 2011.


Idea penubuhan Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran telah diutarakan dalam satu sesi perbincangan sewaktu Kursus Penilaian Risiko Di Tempat Kerja Bagi Anggota Sains Bersekutu KKM yang telah diadakan pada 27-30 September 2010 di Hotel Everly Resort, Melaka.

Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penubuhan PROTEM Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran telah diadakan pada 22 November 2010 di Hotel Legend Kuala Lumpur jam 8.30 malam. AJK Protem yang dilantik pada hari tersebut adalah:
1. Presiden:- Tuan Haji Suhaili Bin Haji Sirun
2. Timbalan Presiden: - Tuan Haji Razali bin Mohd
3. Setiausaha :- Kayrul Hidayah binti Mansor
4. Bendahari :- Tuan Haji Abdul Hamid bin Osman

Mesyuarat pertama AJK Protem telah diadakan pada 9 Februari 2011 di Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan, Pusat Bandar Damansara. Mesyuarat tersebut membincangkan mengenai pelantikan AJK Protem seperti berikut. AJK Protem ini di hubungi oleh AJK Protem Induk bagi mendapatkan persetujuan menjadi AJK Protem. AJK Protem dilantik dari 7 negeri berlainan bertujuan supaya nama persatuan ini merangkumi PKP satu Malaysia dan ia merupakan syarat R.O.S.


Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM)

nantikan sambungan selepas ini.....

Wednesday, 9 July 2014

Brosur Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2014

Brosur berkaitan Seminar Kesihatan Persekitaran yang akan dijalankan pada 27 September 2014 :




Semoga Kehadiran Semua akan memberi manfaat yang optimum kepada peserta!!..

JANGAN LUPA TARIKH 27 SEPTEMBER 2014!!







Tuesday, 8 July 2014

Sejarah Sambutan WEHD lalu

Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Mula di sambut pada tahun 26 September 2011 di Bali, Indonesia. International Federation of environemantal Health (IFEH) sebuah badan antarabangsa yang mengetuai sambutan ini telah bersama-sama dengan negara-negara lain menyabutnya di Bali, Indonesia.



Delegasi dari beberapa Negara yang terlibat dalam Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia di Bali Indonesia.






       Di Malaysia, Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan julung kali disambut pada 26 September 2012 bertempat di Putrajaya, Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM) bersama Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) & Kesatuan Inspektor Kesihatan Malaysia (KIKSM) telah menganjurkan seminar sempena sambutan hari ini di Putrajaya. Seminar ini dirasmikan oleh YG Berbahagia Prof Zailina Hashim, Penaung EHOM.






Tempat : Dewan Serbaguna, Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, Purajaya


Tema : Building For The Future



Aktiviti : Seminar Kesihatan Persekitaran, Dialog Peranan Kesatuan / Persatuan dalam Kesihatan Persekitaran


Perasmi : YBrs. Prof Dr. Zailina Hashim, Penaung EHOM






        Pada Tahun 2013, giliran MAEH bersama EHOM & KIKSM telah menganjurkan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan ini bertempat di Institut Latihan DBKL, Cheras. Sambutan ini dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.



Tempat : Institut Latihan DBKL, Cheras

Tema :  Emerging Environmental Health Risk and Challengesfor Tomorrow

Aktiviti : Seminar Kesihatan Persekitaran, Pertandingan menulis esei Kesihatan Persekitaran, Anugerah Tokoh Kesihatan Persekitaran

Perasmi : Datuk Salleh Yusop, Ketua Pengarah, DBKL



  Pada tahun ini, 2014, tiba giliran KIKSM bersama EHOM & MAEH bergabung tenaga untuk menganjurkan sambutan Hari Kesihatan Persekitaran  Sedunia Peringkat Kebangsaan ini. KIKSM Cawangan Selatan diberi peluang untuk menjadi tuan rumah kepada Sambutan kali ini.

         Bertempat di Malacca International Trade Centre (MITC), Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 akan di adakan bersama dengan aktiviti yang pasti lebih besar dan meriah berbanding dari tahun-tahun yang lepas. Selain seminar, outreach, karnival kesihatan persekitaran, serta pertandingan dijalankan bagi menarik minat orang awam untuk menyertai sambutan kali ini.