Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Mula di sambut pada tahun 26 September 2011 di Bali, Indonesia. International Federation of environemantal Health (IFEH) sebuah badan antarabangsa yang mengetuai sambutan ini telah bersama-sama dengan negara-negara lain menyabutnya di Bali, Indonesia.
Delegasi dari beberapa Negara yang terlibat dalam Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia di Bali Indonesia.
Di Malaysia, Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan julung kali disambut pada 26 September 2012 bertempat di Putrajaya, Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM) bersama Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) & Kesatuan Inspektor Kesihatan Malaysia (KIKSM) telah menganjurkan seminar sempena sambutan hari ini di Putrajaya. Seminar ini dirasmikan oleh YG Berbahagia Prof Zailina Hashim, Penaung EHOM.
Tempat : Dewan Serbaguna, Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, Purajaya
Tema : Building For The Future
Aktiviti : Seminar Kesihatan Persekitaran, Dialog Peranan Kesatuan / Persatuan dalam Kesihatan Persekitaran
Perasmi : YBrs. Prof Dr. Zailina Hashim, Penaung EHOM
Pada Tahun 2013, giliran MAEH bersama EHOM & KIKSM telah menganjurkan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan ini bertempat di Institut Latihan DBKL, Cheras. Sambutan ini dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Tempat : Institut Latihan DBKL, Cheras
Tema : Emerging Environmental Health Risk and Challengesfor Tomorrow
Aktiviti : Seminar Kesihatan Persekitaran, Pertandingan menulis esei Kesihatan Persekitaran, Anugerah Tokoh Kesihatan Persekitaran
Perasmi : Datuk Salleh Yusop, Ketua Pengarah, DBKL
Pada tahun ini, 2014, tiba giliran KIKSM bersama EHOM & MAEH bergabung tenaga untuk menganjurkan sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan ini. KIKSM Cawangan Selatan diberi peluang untuk menjadi tuan rumah kepada Sambutan kali ini.
Bertempat di Malacca International Trade Centre (MITC), Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 akan di adakan bersama dengan aktiviti yang pasti lebih besar dan meriah berbanding dari tahun-tahun yang lepas. Selain seminar, outreach, karnival kesihatan persekitaran, serta pertandingan dijalankan bagi menarik minat orang awam untuk menyertai sambutan kali ini.
No comments:
Post a Comment