WEHD 2014

WEHD 2014

Thursday, 17 July 2014

Mesyuarat Sekretariat Induk di Putrajaya

Pengerusi : Tn. Hj Zainal






















Mesyuarat Sekretariat Induk Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014 kali ke -3 telah di jalankan pada 16 Julai 2014 (2.30 ptg) bertempat di Putrajaya, dipengerusikan oleh Tn Hj Zainal bin Abd Ghaffar.
    Terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat ini serta input yang telah diberikan semasa mesyuarat bagi memastikan perjalanan sambutan nanti berjalan dengan lancar. InsyaAllah
     Sokongan padu semua amat diperlukan bagi merealisasikan impian kita untuk meningkatkan keprofessionalan kita dalam menjalankan tugas harian.

* Gambar adalah ihsan dari En, Ridzuan Salleh..TQ..

Friday, 11 July 2014

Lipatan Sejarah...


Dalam menjayakan sambutan kesihatan persekitaran ini, sejak 3 tahun lalu, KIKSM, EHOM & MAEH telah berganding bahu bersama-sama bagi memastikan perjalanan program yang dianjurkan dapat berjalan dengan baik. Bukan setakat menjayakan program, malah ketiga-tiga organisasi ini sering dilihat memainkan peranan masing-masing dalam meningkatkan keprofessionalan pengamal-pengamal kesihatan persekitaran di Malaysia. Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang dahulunya pernah dikenali dengan nama Merinyu Kesihatan mengorak langkah dengan jawatan yang kian meningkat naik ke jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran. Walaubagaimanapun, peranan setiap individu pengamal-pengamal kesihatan persekitaran seharusnya lebih perlu di beri perhatian, kerana mereka orang-orang yang akan bertugas di lapangan dan mereka sentiasa berhadapan dengan situasi semasa yang memerlukan mereka mempamirkan keprofesional semasa menjalankan tugas seharian.

Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) satu-satunya badan profesional pengmal kesihatan persekitaran yang bernaung di bawah badan professional antarabangsa International Federation of Environmental Health.      


Pada tahun 1976 a-Jawatankuasa Protem telah ditubuhkan untuk menggubal Perlembagaan bagi Persatuan mengawal kepentingan profesional Inspektor Kesihatan di Malaysia. Persatuan Kesihatan Inspektor Malaysia (AHIM) telah didaftarkan secara rasmi pada tahun 1978. Pada tahun 1989 AHIM telah didaftarkan sebagai Persatuan Malaysia Inspektor Kesihatan (Mahir).
Pada tahun 1994 perlembagaan itu sekali lagi dipinda untuk menamakan semula Mahir sebagai Persatuan Malaysia Kesihatan Alam Sekitar (MAEH). MAEH telah menjadi ahli pengasas sejak AHIM menghadiri mesyuarat yang diadakan di Sydney, Australia pada tahun 1982 untuk membincangkan dan memuktamadkan pembentukan IFEH. MAEH bergabung dengan Persekutuan Antarabangsa Kesihatan Alam Sekitar (IFEH) sejak menyaksikan penubuhannya di Bournemouth UK, pada 25 September 1985. The Hon. Setiausaha Jeneral daripada AHIM, yang Hj lewat. Sulaiman bin Abu Kassim adalah salah seorang co-penandatangan hadir pada majlis yang bersejarah. Ini, Mantan Presiden MAEH, YM Hj. Ungku Abu Bakar bin Abdul Rahman telah ceremoniously dipilih sebagai Presiden ke-4 IFEH di Kongres Dunia ke-3 pada Kesihatan Alam Sekitar yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada tahun 1994.

Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM) organisasi yang ditubuhkan bagi menyatukan pegawai-pegawai kesihatan persekitaran di Malaysia ditubuhkan secara rasminya pada 14 May 2011.


Idea penubuhan Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran telah diutarakan dalam satu sesi perbincangan sewaktu Kursus Penilaian Risiko Di Tempat Kerja Bagi Anggota Sains Bersekutu KKM yang telah diadakan pada 27-30 September 2010 di Hotel Everly Resort, Melaka.

Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat penubuhan PROTEM Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran telah diadakan pada 22 November 2010 di Hotel Legend Kuala Lumpur jam 8.30 malam. AJK Protem yang dilantik pada hari tersebut adalah:
1. Presiden:- Tuan Haji Suhaili Bin Haji Sirun
2. Timbalan Presiden: - Tuan Haji Razali bin Mohd
3. Setiausaha :- Kayrul Hidayah binti Mansor
4. Bendahari :- Tuan Haji Abdul Hamid bin Osman

Mesyuarat pertama AJK Protem telah diadakan pada 9 Februari 2011 di Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kerajaan Tempatan, Pusat Bandar Damansara. Mesyuarat tersebut membincangkan mengenai pelantikan AJK Protem seperti berikut. AJK Protem ini di hubungi oleh AJK Protem Induk bagi mendapatkan persetujuan menjadi AJK Protem. AJK Protem dilantik dari 7 negeri berlainan bertujuan supaya nama persatuan ini merangkumi PKP satu Malaysia dan ia merupakan syarat R.O.S.


Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM)

nantikan sambungan selepas ini.....

Wednesday, 9 July 2014

Brosur Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia 2014

Brosur berkaitan Seminar Kesihatan Persekitaran yang akan dijalankan pada 27 September 2014 :




Semoga Kehadiran Semua akan memberi manfaat yang optimum kepada peserta!!..

JANGAN LUPA TARIKH 27 SEPTEMBER 2014!!







Tuesday, 8 July 2014

Sejarah Sambutan WEHD lalu

Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Mula di sambut pada tahun 26 September 2011 di Bali, Indonesia. International Federation of environemantal Health (IFEH) sebuah badan antarabangsa yang mengetuai sambutan ini telah bersama-sama dengan negara-negara lain menyabutnya di Bali, Indonesia.



Delegasi dari beberapa Negara yang terlibat dalam Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia di Bali Indonesia.






       Di Malaysia, Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan julung kali disambut pada 26 September 2012 bertempat di Putrajaya, Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM) bersama Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia (MAEH) & Kesatuan Inspektor Kesihatan Malaysia (KIKSM) telah menganjurkan seminar sempena sambutan hari ini di Putrajaya. Seminar ini dirasmikan oleh YG Berbahagia Prof Zailina Hashim, Penaung EHOM.






Tempat : Dewan Serbaguna, Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan, Purajaya


Tema : Building For The Future



Aktiviti : Seminar Kesihatan Persekitaran, Dialog Peranan Kesatuan / Persatuan dalam Kesihatan Persekitaran


Perasmi : YBrs. Prof Dr. Zailina Hashim, Penaung EHOM






        Pada Tahun 2013, giliran MAEH bersama EHOM & KIKSM telah menganjurkan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan ini bertempat di Institut Latihan DBKL, Cheras. Sambutan ini dirasmikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.



Tempat : Institut Latihan DBKL, Cheras

Tema :  Emerging Environmental Health Risk and Challengesfor Tomorrow

Aktiviti : Seminar Kesihatan Persekitaran, Pertandingan menulis esei Kesihatan Persekitaran, Anugerah Tokoh Kesihatan Persekitaran

Perasmi : Datuk Salleh Yusop, Ketua Pengarah, DBKL



  Pada tahun ini, 2014, tiba giliran KIKSM bersama EHOM & MAEH bergabung tenaga untuk menganjurkan sambutan Hari Kesihatan Persekitaran  Sedunia Peringkat Kebangsaan ini. KIKSM Cawangan Selatan diberi peluang untuk menjadi tuan rumah kepada Sambutan kali ini.

         Bertempat di Malacca International Trade Centre (MITC), Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2014 akan di adakan bersama dengan aktiviti yang pasti lebih besar dan meriah berbanding dari tahun-tahun yang lepas. Selain seminar, outreach, karnival kesihatan persekitaran, serta pertandingan dijalankan bagi menarik minat orang awam untuk menyertai sambutan kali ini.